Sunday, October 4, 2009

GUD LUCK FINAL!!!!!!!

hai,lama x kongsi citer kan....tapi ni bukan citer pasal bidong,ni citer pasal final la...da x lama dah nak exam, berdebar lak rasanyer....da lah first time exam kat u ni....exam betul la,test tue da biasa dah...so,gud luck n on he best...........

Tuesday, September 15, 2009

sAYA ni

NABILA AKMA ZAKARIA
UK21077

Sunday, September 13, 2009

Tepat jam 8 pagi,kami bertolak ke jeti menaiki bas umt.Dalam masa 30 minit,kami sampai di jeti dan menunggu giliran untuk menaiki bot ke 'Pulau Bidong'.Ketika berada di dalam bot,saya rasa sangat teruja kerana itu adalah pengalaman pertama saya menaiki bot di dalam laut yang dalam.Nak di jadikan cerita,tetiba je bot yang saya naik tue kehabisan minyak dan terhenti di tengah2 laut.Saya rasa sangat takut,dah la tak pernah naik bot kat laut dalam,tetiba je pulak bot tue mati kat tengah2 tue.Memang dahsyat arrr..Tapi,ada bot lain yang datang tolong kami dan kami selamat sampai ke Pulau Bidong...Sampai je kat sana,ada sedikit 'briefing' daripada kem komanden..Memudian,kami teruskan dengan aktiviti pertama kami iaitu 'WATER CONFIDENCE'....Aktiviti ni sangat2 mencabar!!!!Cuba anda bayangkan,orang yang tak pernah masuk laut nak berenang kat tengah2 laut yang dalam tue.......ooooo,memang dahsyat laaa..Fasilitator kita orang memang sediakan 'life jacket' dan memang kita orang kena pakai sepanjang aktiviti 'water confidence',tapi kalau dah kita ni orang yang tak pernah ada pengalaman masuk laut,confirm la,seram sejuk jugak...Apa2 pun,aktiviti tue memang best giler..Lepas fasilitator bagi tunjuk ajar,baru kami rasa yakin nak berenang kat tengah laut tue..Kami di beri arahan oleh kem komanden supaya berenang dari persisir pantai sampai la ke kapal yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer..Dah sampai kat kapal tue,kami menerima arahan ke dua daripada pegawai yang bertugas supaya terjun daripada kapal dan berenang balik ke persisir pantai tadi...Sebelum terjun tue,pegawai bertugas ada bagi sedikit tunjuk ajar cara2 nak terjun dengan betul supaya kita orang tak lemas..Kan tak pasal2 jadi arwah..hehe ..Penat giler la masa tue..Malam tue tak ada apa2 yang special,cuma 'ice breaking' je untuk mengenali ahli2 kumpulan masing2...

Hari ke dua,kami ada banyak aktiviti..Antaranya,berkayak,memancing,jejak warisan dan 'snorkelling'....Saya paling suka aktiviti memancing,dah memang hobi kan,tak boleh nak kata apa la...Berkayak pun best,ni pengalaman ke dua saya la sebab sebelum ni saya pernah lakukan aktiviti ni kat matrik....Yang paling saya kecewa,aktiviti 'snorkelling'..Aktiviti tue best tapi saya takut tengok ikan tue dekat sangat..Macam tak boleh bernafas rasanya..Asyik 'minum' air laut je..haha
Petang tue,semua aktiviti dah selesai,tinggal berlatih untuk 'malam kebudayaan' je...Malam tue jugak,kami ada barbeque.....Tapi,nasib kami tak berapa nak baik la..Malam tue ribut teruk giler..Segala aktiviti terpaksa di batalkan dan kami terpaksa berada dalam khemah untuk mengelakkan sebarang malapetaka...Lewat malam,ribut semakin reda..Sempat la kami buat barbeque dan makan2 sebelum tidur....

Hari terakhir,pagi2 lagi kita orang dah bangun untuk solat subuh dan seterusnya menyambung aktiviti kami iaitu 'persembahan kebudayaan'....Happy la jugak tengok persembahan tue..Selesai persembahan,kami teruskan dengan aktiviti gotong - royong,kemas khemah dan bersihkan kawasan..Ye la,kita orang kan dah nak balik..huhu..Dah siap kemas2,kita orang pun sambung dengan aktiviti terakhir iaitu 'pertandingan berkayak'.....Syok la tengok,abang dan akak fasi pun terlibat sama......

Selesai upacara pemberian hadiah kami pun berangkat untuk pulang...Sedih sangat nak tinggal pulau tue..Tapi tak pe,kenangan tue tak kan pernah luput dalam ingatan untuk selamanya...Apa2 pun,tima kasih abang bijan sebab sudi menceriakan suasana...miss u,haha